Melihat Muhammad semalam semasa di tempat transit. Sebelum itu, aku gorengkan ia telur berkicap. Letak telur goreng di celah roti berserat. Sampai di tempat transit, roti masih banyak bersisa. Telur sahaja diambilnya.
Semasa aku berlalu dari tempat itu, dia berlari ke arah belakang bertemu 2 rakannya; seorang lelaki dan seseorang perempuan. Nampak telur di tangan, kawan-kawan hulur mulut menggigit.
Pagi ini, aku lewat hantar dia ke tempat transit.
Tinggalkan beg di tempat transit, lalu ke sekolahnya. Sebaik sampai di pagar, ada seorang anak dara orang yang kecik panggil nama Muhammad. Entah apa yang dikatakannya kepada anak bujang harapan aku di dunia dan akhirat ini. Sesampainya di pintu kelas Muhammad, boleh pulak anak dara kecik nih nolong betulkan songkok lilit putih atas bulat hijau yang dipakai Muhammad. Muhammad buat tegak tiang jer.
Kisah kanak-kanak. Macam tiada isu gender. Main kejar-kejar, lompat sana-sini, ngap kuih di tangan kawan. Itu semua tidak jadi apa-apa kepada mereka.
2026 Toyota Vios Hybrid sighted in Malaysia – electrified B-segment sedan
to launch in two variants?
-
Three months on from the Thailand debut of the hybrid version of the Toyota
Yaris Ativ – which we know as the Vios in Malaysia – the 2026 Toyota Vios
Hyb...
47 minutes ago
1 comment:
budak budak kannns.. salamm
Post a Comment