Friday, January 1, 2010

Sudah Masihi 2010, ya?

Mari kita biasakan diri memasak di rumah. Kalau tak suka MSG, tak payah bubuh MSG. Makan di kedai, memang sedap-sedap belaka biasanya. Kalau orang tua umur hampir 90 tahun pun guna MSG semasa memasak, kedai makan tak guna MSG?

Kan bagus masak sendiri dan makan di rumah. Tak payah `peduli' harga barang-barang naik entah berapa persen kerana harga gula naik RM0.20 mulai hari ini.

Otak dan akal ahli ekonomi mana yang nasihat kerajaan persekutuan supaya naikkan harga gula RM0.20?

Betullah tu slogan pencapaian diutamakan - pencapaian yang entah apa-apa. Enjin F5E hilang tahun 2007, tahun 2009 baru rakyat umum diberitahu. Hukum adat, kalau hilang tahun 2007, tentu awal tahun 2008 selewat-lewatnya dah siap siasatannya. Umumkanlah masa itu. Kenapa? Masalah pilihanraya? Tak lapor sebelum pilihanraya pun dah tinggal lebih kurang 140 kerusi parlimen!

Betullah tu slogan rakyat didahulukan - sebab rakyat mesti didahulukan untuk disusah-susahkan. Sebab sebahagian besar rakyat sudah biasa hidup susah. Ditambah susah lagi sedikit, tak ada kesan yang signifikan kot?

Nak salahkan kerajaan yang tengah `meraja'sekarang ini?

Tanyalah kepada majoriti yang memilih kerajaan sekarang di lebih kurang 140 kerusi parlimen itu. Jangan tanya yang ada bibik, jangan tanya yang bayar zakat simpanan atau emas sahaja sudah beribu-ribu ringgit.

Pergilah tanya mereka yang dapurnya di kedai-kedai makan. Jangan tanya mereka sukakah harga barang naik lagi, tetapi tanya tahun 2008 undi siapa?

Memang padan muka semua ini.

Muka Najib memang padan dengan cara buat bodoh. Pergi cakap dengan Najib, berhentilah buat kerja menjejak hasil buah tangan ayah dia merata Malaysia. Ayah dia buat Felcra, DEB dan entah apa-apa, Najib buat apa selain daripada melawat legasi ayahnya?

No comments:

NOTIS: SAYA HANYA bertanggungjawab ke atas posting sendiri dan tidak akan bertanggungjawab ke atas reaksi/kerugian yang timbul akibat menggunakan apa-apa posting saya di sini.

Info Sana-Sini: Baca, Fikir & Ambillah Kebaikannya