Pasca PRU 2008 ada beberapa perkara yang menarik mengenai KELUAR.
Ada ADUN/AP yang keluar daripada parti yang mendokong kerana kononnya tidak sehaluan lagi. Kesan terbesar tindakan seumpama ini boleh dilihat di negeri Perak. Kes di Perak menjadi seperti pada hari ini sebab ada peranan unsur-unsur yang lain juga.
Ada juga ahli dan blogger yang menarik diri dari parti yang disokong selama ini. Contoh terkini ialah Mat Saman Kati dan Cucu Mat Kilau. Kedua-duanya ada alasan mereka sendiri.
Sebelum ini contoh keluar yang agak signifikan ialah keluarnya Zaid Ibrahim daripada parti PKR. Barangkali dia mencari idealisme dengan mengambilalih kepimpinan AKIM dan rebrand parti itu menjadi KITA. Ada 2 perkara yang masih lekat dalam fikiran aku sehingga ke hari ini ialah:
Pertama: Mengenai idealisme. Ini aku dengar sendiri semasa Zaid ditemuramah oleh DJ radio Business & Music tidak lama dulu.
Kedua: Mengenai Malaysia adalah sekular dan patut kekal begitu. Maksud beliau ialah keputusan dibuat oleh ahli dewan yang dipilih. Ini melalui pembacaan aku dan mungkin silap kerana tidak mendengar melalui mulut beliau sendiri sebagaimana yang pertama di atas.
-----
Salah satu cara yang mudah untuk aku makan malam ialah singgah ke gerai mamat Kelantan yang jual nasi ambeng. Nasi ambeng adalah tradisi orang keturunan Jawa. Sekarang, orang keturunan Jawa pun membeli di gerai beliau ini.
Aku lihat dia ini boleh digurau-gurau dan bergurau.
Cuma, dilihat semacam ada kalung terlilit di leher beliau. Tangkal, macam tangkal budak menangis? Entah, tak nak buat apa-apa andaian.
Aku selalu katakan yang dia ini penyokong parti yang memerintah tetapi melaksanakan polisi yang selalu mendahulukan rakyat untuk mengeluarkan duit poket.
Gurau dia, "aku parti GERAKAN."
Aku diam dulu.
Selapas itu, sambungnya, " Tak gerak, tak makan."
-----
Pada 4 Januari yang lepas, aku lihat mamat Kelantan ini menghantar anak tunggalnya untuk mula bersekolah di Pasti berhampiran.
𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶, 𝗙𝗹𝗲𝘅𝗶𝗺𝗮𝗿𝘁 & 𝗞𝗲𝘀𝘂𝗺: 𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗡𝗶𝗮𝘁
𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗟𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗣𝗼𝗸𝗲𝘁 𝗦𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶
-
I̲n̲t̲r̲o̲ — 𝘽𝙞𝙡𝙖 𝙐𝙣𝙘𝙡𝙚, 𝘼𝙪𝙣𝙩𝙮 𝙙𝙖𝙣 𝙂𝙚𝙣𝙜
𝙍𝙚𝙛𝙤𝙧𝙢𝙖𝙨𝙞 𝙎𝙖𝙢𝙖 𝙁𝙖𝙝𝙖𝙢 𝘽𝙖𝙝𝙖𝙨𝙖 𝙃𝙖𝙩𝙞
𝘈𝘬𝘶 𝘵𝘦𝘳𝘪𝘮𝘢 𝘣𝘢𝘯...
2 hours ago
No comments:
Post a Comment