Wednesday, September 14, 2011

Zakat vs. Cukai #01: Kadar?

Dilihat agensi mengurus zakat (boleh disebut baitulmal?) dilihat mempromosikan zakat atas pendapatan dengan cukup giat.
----------
Dilihat LeMbAgA HDN di Malaysia cukup giat mengingatkan mereka/entiti yang kena membayar cukai supaya melaksanakan tanggungjawab kepada negara dengan membayar cukai yang dikenakan.
----------
Kadar yang dikenakan pada masa ini, setelah mengambilkira potongan-potongan dan rebat yang dibenarkan, adalah berperingkat. Difahamkan kononnya, dasar cukai itu ada keadilannya kerana yang menjana lebih tinggi pendapatan akan dikenakan kadar cukai yang lebih tinggi. Kununnya, keadilan menegak?
----------
Zakat, apabila dirujuk kepada zakat pendapatan secara spesifik, setelah mengambilkira potongan-potongan yang dibenarkan, kadarnya 2.5% untuk semua yang wajib berzakat. Apabila dibenarkan mengira dengan mengambilkira potongan yang dibenarkan, dan pembayar memilih untuk mengira 2.5% itu daripada jumlah kasar dan bukannya jumlah bersih selepas potongan - maka itu adalah pilihan masing-masing.

No comments:

NOTIS: SAYA HANYA bertanggungjawab ke atas posting sendiri dan tidak akan bertanggungjawab ke atas reaksi/kerugian yang timbul akibat menggunakan apa-apa posting saya di sini.

Info Sana-Sini: Baca, Fikir & Ambillah Kebaikannya