Wednesday, November 20, 2013

Sistem n Aplikasi

Khabarnya, orang besar Kementerian Pendidikan yang pernah digelar `Ustaz' Kamal berjanji di Parlimen untuk memastikan sistem PBS - yang ramai cikgu tu kena tunggu tengah malam untuk buat data entry - akan bertambah baik mulai Januari 2014.

Perkara Pertama: Ini janji. Harap ditepati. Kadang-kadang jadi hal lawak bila dikata janji untuk dimungkiri.

Perkara Kedua: Siapa supply sistem itu?

Cuba fkirkan contoh-contoh di bawah:-

(1) Hal Kastam ker, hal dengan MITI ker, contohnya, adalah satu 'mamat' tu yang dok uruskan atau jadi orang tengah di antara pelanggan dengan agensi-agensi tu. Nama 'mamat' tu lebih kurang, berdagang bernet, kot? Ntah saper punya 'mamat' ni, ya?

(2) Dulu masa Bangladesh boleh masuk semula ke Malaysia sebagai tenaga kerja asing, adalah dalam tahun 2007 kot, kalau tak silap ada sistem berkomputer yang berbeza daripada tenaga kerja asing warga negara lain. Apa cerita sebenarnya, kira-kira beberapa tahun yang lepas, apabila nak renew permit semua warga Bangladesh kena melalui proses roll back yang nak setel kena ambil masa hampir bertahun. Pada masa itu, kita boleh lihat di belakang kaunter (di JIM PTJ, ler), passport berlonggok di dalam bakul 'kain' yang entah berapa banyak bakul sebenarnya. Itu aku tak ambil peduli. Mereka menguruskan pekerja yang sah. Bukan yang palsu. Isunya, dari dulu sampai sekarang, sapa sediakan perkhidmatan sistem tu?

Ohh. Aku seronok sangat.

Malaysia memang mesra perniagaan.

Lupakan sekejap rakyat didahulukan.

Lupakan sekejap tentang GST.

No comments:

NOTIS: SAYA HANYA bertanggungjawab ke atas posting sendiri dan tidak akan bertanggungjawab ke atas reaksi/kerugian yang timbul akibat menggunakan apa-apa posting saya di sini.

Info Sana-Sini: Baca, Fikir & Ambillah Kebaikannya