Tuesday, January 26, 2010

Ambil tahu atau beri tahu?

Beberapa minggu yang lepas.

AMD a.k.a. tauke soh minta tolong duplicate kunci yang entah apa-apa. Memandangkan kunci kereta Peugeot 407 ada di dalam tangan aku, dia suruh aku bawa ke pejabat 2 botol whiskey yang ada dalam but kereta dia.

????

Pada masa tu, dalam hati berkira-kira dengan beberapa golongan yang dilaknat kerana terlibat dengan arak.

Itu baru disuruh angkat! Kalau disuruh jadi ahli lembaga pengarah kilang/syarikat arak, entah macam manalah rasa dalam hati aku. Macam mana ada nama Melayu (Islam?) jadi BOD member syarikat arak?

Nak dapatkan jalan penyelesaian, aku cuba minta Wong C.K. tolong. Belum sempat aku cakap apa yang dia kena tolong, macam butang auto sudah kena tekan terus dia kata sibuk dan tak boleh tolong. Lalu dia suruh minta tolong dengan Khairil. Jam tu juga rasa nak ungkit kisah-kisah dia minta tolong dengan aku.

Tak per. Tak per.
Ada ubi, ada beras.

Turun ke tingkat bawah.

Di kaunter reception ada Mas Receptionist dan Mr Berahim chairman driver. Saja-saja cerita hal ini kepada mereka berdua.

Mas tak ada komen apa.

Mr Berahim said, "kalau dah kerja kita, buat aja ler."

????

Dengan dia cakap macam tur, aku jadi macam bodoh sekejap.

Bukan dia kata macam tur jer, malah dia tambah dengan kisah-kisah dia semasa bekerja sebagai chef. Kisah liquor, kisah ham.

????

Jalan selesai belum jumpa. Chow dulu pergi duplicate kunci. Aku tak biasakan buat beberapa kerja dalam satu masa kot? Padahnya, suruh nyonya buat 4 kunci, dah siap baru tanya harga.

RM17.00! Padan muka semua.

Dalam perjalanan balik ke pejabat, nampak Indon jual air kelapa rasa macam nak singgah beli secawan. Rasa tak seronok pula. Teruskan perjalanan ke pejabat.

Just in time!

Sampai saja ke pejabat, ingatkan nak telefon Rahman sebab nak pinjam seorang budak Nepal dia untuk angkat whiskey, aku nampak Raj baru sampai di tempat parking.

Solution sudah ada!

"Raj, tolong angkat."

Itulah kisahnya. Suruh aku tolong duplicate kunci, semua kunci termasuk kunci kereta diberi kepada aku. Aku pulak, dapatkan kunci honda accord untuk pergi ke tempat duplicate kunci.
---------------------------------------

Isu angkat whiskey sudah selesai.

Isu yang belum selesai ialah sama ada aku tak ambil peluang beritahu tauke soh ini tentang arak kerana dia mungkin tak tahu, atau isu dia tak tahu tapi tak mahu ambil tahu, atau dia tahu tapi buat-buat tak tahu?

2 comments:

mr edz said...

kena bagitahu.. terangkan kat dia...

hang kebun said...

Hi Sharingfan Swapaddict
Very interesting facts there for Sedekah untuk Zul. Got to know from MT Letter and it would much better if you published here at ur blog. Btw it's spreading like wildfire now and my guess Zul will never be able to face Bandar Kulim voters again in the next GE. Great writing. Salam untuk Semua.Regards

NOTIS: SAYA HANYA bertanggungjawab ke atas posting sendiri dan tidak akan bertanggungjawab ke atas reaksi/kerugian yang timbul akibat menggunakan apa-apa posting saya di sini.

Info Sana-Sini: Baca, Fikir & Ambillah Kebaikannya