Tengahari tadi.
Bersiap-siap sebagaimana biasa hari Jumaat yang lain-lain sebelum ini.
''Ayah nak sembahyang?"
Angguk.
"Kat mana? Kat rumah?"
"Masjid."
"Nak ikut."
"Jangan merengek, jangan bising, jangan menangis."
Muhammad diam.
"Pergi ke tandas. Kencing!"
----------
Di masjid.
"Mana tandas?" Tanyanya sebaik kami hampir ke pintu pagar.
Hampir aku terlupa. "Sana."
Berada di baris belakang sekali. "Di sini, ya?" Dia nampak OK saja.
Aku beranjak ke hadapan dan semakin ke hadapan untuk memenuhi tempat yang masih kosong.
Imam hampir mengangkat takbir, tiba-tiba Muhammad dilihat berlari di antara makmum.
"Kenapa?"
"Nak ayah."
"OK. Duduk sini."
----------
Selepas solat, berjalan menuju ke kereta.
"Tadi. Kenapa?"
"Nak nampak ayah. Tak nak nanti silap ikut orang."
Oooo. Begitu.
NOH.. TU KATA KENA BIJAK... JANGAN DOK MAIN EMOSI SAJA.. KIOK LA.
-
Tuan tanah di negeri jiran sedang beria menuntut tunggakan cukai ladang
sawit.
Bagus lah. Memang itu pun yang sepatutnya. Kalau tak mana nak da...
1 hour ago
No comments:
Post a Comment