Sunday, June 13, 2010

Tarik subsidi. Ada makmal berkaitan?

Masa: Akhir petang semalam.

Medium: Bernama Radio.

Slot: Kerusi Panas. Statusnya adalah ulangan.

Undangan: Salah seorang berjawatan `pengarah' dari Jabatan Perdana Menteri.

----------

Isunya adalah berkaitan cadangan kerajaan untuk menarik balik subsidi yang kononnya, menurut Idris Jala, boss makmal, jika berterusan diberi akan meningkat dari tahun ke tahun, dan kesannya negara boleh muflis pada tahun 2019.

Makmal?
Untuk mendapatkan pandangan rakyat?
Para bijak pandai kat situ tengah buat ujian apa sebenarnya?
Pemerhatian daripada ujian, hasilnya ialah pandangan rakyat?
Apa alat ler yang akan digunakan yer? Suratkhabar? Radio? Untuk mengubah pandangan rakyat?

Sebagai perbandingan, ada membaca khabar bahawa Peter Chin, seorang menteri, ada menyatakan bahawa negara dijangka akan mempunyai loji tenaga nuklear sendiri menjelang tahun 2019?

Kedua-dua ini ada persamaan yang jelas. Bendanya ialah `wang besar'. Satu berbilion-bilion ringgit setiap tahun untuk subsidi, dan yang satu lagi berbilion ringgit untuk membina dan menyelenggara loji tenaga nuklear.

Macam ada kaitan pulak dengan tahun 2020. Kononnya menjadi negara maju. Macam kebetulan pulak dengan satu lagi 2020 di Timur Tengah tu.

----------

Berbalik kepada slot kerusi panas Radio Bernama itu.

Ada 2 perkara yang aku masih boleh ingat dengan jelas. Satu tentang penjelasan pengarah tu, dan satu lagi soalan daripada pemanggil yang aku rasa jawaban pengarah tu cukup-cukup tak jelas kepada soalan yang ditanya.

Pengarah Kata:

Pengarah itu kata, kalau subsidi ditarik balik, maka orang ramai akan, lebih kurang, berubah dan menyesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran. Contohnya, apabila subsidi dikurangkan atau ditarik balik, perubahan yang patut dilakukan ialah bila keluar ke pasar belilah barang secukup-cukupnya, singgah ke kedai dobi, dan lain-lain lagi.

Ulasan aku:

Lihat? Contoh disebut adalah ke kedai dobi. Orang yang ada pendapatan cukup-cukup untuk menjelaskan berbagai bil, ansuran kereta, rumah, dan sebagainya, barangkali tidak akan hantar pakaian ke kedai dobi.

Jadi, siapa yang hantar pakaian untuk di dobi?
Anggota keselamatan akan hantar pakaian ke kedai dobi untuk pakaian no 1 saja kot. Itupun ada sedikit elaun.

Pemanggil tanya, Pengarah menyimpang:

Seorang pemanggil tanya jika subsidi hendak ditarik balik, kenapa kereta keluaran proton Malaysia dijual pada kadar yang lebih mahal di Malaysia berbanding dengan di pasaran eksport.

Apa yang pengarah itu kata? Dia kata industri itu adalah berat. Perlu kepada economic of scale - ekonomi bidangan ler, kononnya. Dia merapu ke sana dan ke sini, cuma tidak menjawab kenapa kereta proton dijual lebih murah di luar negara.

Ulasan aku:

Hai, Pengarah pun tidak menjawab soalan. Kalau isu ekonomi bidangan ini, pelajar tingkatan 6 pun boleh cerita hal ini jika dia ada baca buku dan beri tumpuan semasa guru mengajar.

Akupun nak tanya, kenapa aku kena bayar lebih tinggi berbanding orang kat negara arab tu?

No comments:

NOTIS: SAYA HANYA bertanggungjawab ke atas posting sendiri dan tidak akan bertanggungjawab ke atas reaksi/kerugian yang timbul akibat menggunakan apa-apa posting saya di sini.

Info Sana-Sini: Baca, Fikir & Ambillah Kebaikannya