Sunday, June 13, 2010

Tarik subsidi - Ubah cara hidup?

Adalah aneh apabila ada orang yang kerap memberi usul supaya mengubah cara hidup bila wujud keadaan kenaikan apa-apa kos keperluan hidup.



Kos-kos keperluan hidup tidak akan naik begitu sahaja tanpa ada apa-apa faktor berkaitan.



Peniaga ada alasan untuk menaikkan harga barangan runcit apabila kos bahan api naik. Ini kerana kos bahan api wujud dalam rantaian bermula daripada pengeluar sehinggalah kepada peruncit.



Mungkin ada sebilangan daripada kita menyampah dengan bercambahnya pasaraya besar di banyak tempat di Malaysia.



Soalnya di sini ialah kenapa ada begitu banyak agensi yang punya dana berjumlah ratusan juta dan malahan ada yang berpuluh bilion tidak melibatkan diri di dalam aktiviti bersepadu melibatkan pengeluaran, pengedaran dan peruncitan secara langsung?

Tak apa. Itu nampak begitu besar sangat isu dan permasalahannya.

Permasalahan yang lebih kecil dan mungkin lebih mudah untuk dilakukan ialah, bolehkan dipercayai orang yang mengusulkan supaya kita mengubah cara hidup itu bersedia dan melaksanakan perubahan hidup pada diri dan keluarganya dahulu? Persepsi aku dan barangkali persepsi sebahagian orang lain juga akan menganggap bahawa oarng yang ada kuasa itu dan `paling besar' sekarang ini, pastinya tidak akan melakukan apa-apa untuk berubah. Persepsi mengatakan bahawa dia akan berubah, malahan harus dia akan bersedia untuk menoreh getah sekalipun, sekiranya pilihanraya, sama ada umum atau kecil, is just around the corner. Ingat korner! Salah lipat, terus masuk longkang. Aku nak ketawa pada masa itu. Jangan marah pada aku.

No comments:

NOTIS: SAYA HANYA bertanggungjawab ke atas posting sendiri dan tidak akan bertanggungjawab ke atas reaksi/kerugian yang timbul akibat menggunakan apa-apa posting saya di sini.

Info Sana-Sini: Baca, Fikir & Ambillah Kebaikannya