Bentuk judi untuk kanak-kanak sezaman aku, barangkali, main tikam-tikam. Bayar, cabut kertas, lihat dapat hasil apa. Hasil ikut musim. Musim raya, hasilnya mercun dan bunga api. Sungguhpun bersekolah agama, daya tarikan mercun cukup memikat sehingga tak dapat menilai itu adalah JUDI.
----------
Kini, judi bukanlah satu perkara yang disorok-sorok. Sudah dibuat tanpa malu-malu. Yang terbaru dan heboh di sana dan sini adalah judi sukan. Tentunya dikaitkan dengan pesta piala dunia FIFA. Bola, bro. Mamat dan minah tahap kaki bangku pun harus minat bola. Saja tumpang seronok, kot.
----------
Baru-baru ini, hari Ahad, aku dan Muhammad ke sebuah pasaraya berhampiran.
Aku pakai kopiah dan kain pelikat.
Muhammad minum air jagung guna straw.
Si sebelah pasaraya, Fun Fair sedang rancak. Dikatakan, masuk adalah percuma. Itu sahaja. Maksud seterusnya ialah kalau hendak apa-apa permainan kena bayarlah.
----------
Hendak lihat macam-macam bentuk permainan dan kebanyakannya adalah judi?
Pergilah ke mana-mana Fun Fair.
Namanya pun FUN.
Bolehlah disimpulkan, orang yang berjudi itu sebenarnya sedang mencari keseronokan.
Keseronokan itu barangkali boleh disama-ertikan dengan keriangan.
Pernah dengar Kota Keriangan?
Embohhh!
Just a bit of Malay psychology. Devil's advocate series 19.
-
1. A little psychology here. Borne of experience2. Having not risen from
the rank and file, from the bottom if you may, some UMNO bourgeois
luminaries are ...
8 hours ago
No comments:
Post a Comment