Wednesday, June 16, 2010

Quality time? Yer ker...

Kita sering mendengar ramai orang kata nak spend masa berkualiti dengan keluarga.

Masa yang ada cukup singkat. Jadi, masa yang benar-benar singkat dapat bersama-sama keluarga cuba diisi dengan sebaik-baik mungkin.

Inilah hasilnya apabila suami cuba melaksanakan tugasnya mencari nafkah sebaik yang mungkin.

Inilah, barangkali hasilnya, apabila rata-rata ibu berkerjaya: Untuk tidak membazir selama tahunan belajar di sana-sini. Barangkali juga untuk mengejar cita-cita. Pernah dengar emansipasi wanita?

Culture yang kita sedang berada di dalamnya sekarang ini, umumnya, menjadikan rata-rata daripada kita akan keluar rumah sebelum matahari muncul dan hanya sampai ke rumah apabila matahari sudah hilang.

Hal-hal anak-anak?

Hal pasangan?

Hal kedua orang tua?

----------

Di kilang pagi tadi.

Storekeeper kata kita ini kadang-kadang mudah gelak-ketawa sesama rakan di tempat kerja.

Dengan pasangan dan anak masing-masing? Renung dan nilai sendiri.

Beberapa hari lepas mendengar sepintas lalu di Radio Ikim. Seorang wanita yang diundang, mengatakan bahawa masa setiap pasangan habiskan bersama rakan sekerja lebih banyak berbanding dengan pasangan dan keluarga. Dia memberi contoh dirinya sendiri dan juruhebah pada masa itu, Puan Siti.

----------

Pernah mendengar ahli motivasi menilai keakraban dan jarak? Aku pernah dengar, cuma tidak ingat perinciannya.

Biasa mendengar rancangan radio dan TV yang dikendalikan secara berpasang-pasangan? Jangan hairan dengan suasana ini kerana Radio IKIM pun mengamalkannya. Jika radio IKIM buat begitu, jangan hairan dengan Bernama Radio. Dan jangan, jangan, jangan hairan TV3 dan lain-lain saluran TV berbuat begitu.

----------

Bukan niat hendak fokus kepada mana-mana individu.

Catatan ini hanya satu pandangan peribadi.

Ambil satu contoh pada pagi ini di TV3. Wardina dan seorang yang `petah' tur. Dengan jarak di atas sofa agak begitu, begitu dekat, meskipun di hadapan kamera, maka apa mesej yang cuba disampaikan?

Begitu juga sekitar awal separuh kedua tahun 2009, iklan yang diselitkan di dalam tayangan TV8 menunjukkan 3 orang yang digambarkan sebagai kaum-kaum utama di Malaysia, kot.

Cina lelaki bersama stok di kedai.

India lelaki, kalau tidak silap, dengan teh tariknya.

Melayu perempuan, dengan mengerjakan antan dan alu.

Apa mesej yang hendak disampaikan?

----------

Aku lelaki, dan di dalam budaya yang macam ini, aku rasa dah macam fail laksana tanggungjawab sediakan nafkah untuk keluarga. Korang tak rasa yang sama ker? Ini untuk sesiapa yang isterinya kena kerja ler.

Ingat cerita Nabi Ibrahim menziarahi rumah anaknya, sedangkan yang ada di rumah hanyalah isteri anaknya? Apa mesejnya?

----------

Ah Doiii...

No comments:

NOTIS: SAYA HANYA bertanggungjawab ke atas posting sendiri dan tidak akan bertanggungjawab ke atas reaksi/kerugian yang timbul akibat menggunakan apa-apa posting saya di sini.

Info Sana-Sini: Baca, Fikir & Ambillah Kebaikannya