Sunday, June 20, 2010

Whoa! Bola sana, bola sini

Di Malaysia.

Presiden FAM tidak ditentang dan merupakan calon tunggal untuk dipilih semula.
Jadi, para pemuka bolasepak `boleh' ler berharap, ranking FIFA kelak melonjak setaraf dengan `senioriti' Presiden.
Khairy Jamaluddin langsung tidak ada yang sudi mencalonkan beliau.
Apa jadi dengan team `realiti' beliau? Apa cerita Shebby?

----------

Di Afrika Selatan.

Pasukan England sudah 2 kali draw; sekali dengan USA dan satu lagi dengan Algeria.
Capello macam tak percaya England boleh main level tu.

----------

Di England.

Pasukan yang dia orang anggap bagus sangat tu, sekarang ni sudah buat ramai orang di sana pusing kepala.
Kepala siapa? Para penyokong? Beckham? Para penjudi?

Penjudi?
Opps. Apa cerita Ascot, apa cerita Vincent, apa cerita Treasury?

----------

Cuba masuk facebook Jose Maurinho yang kununnya the Special One.
Ada yang dok puji kata team Swiss guna taktik Jose, dan menang di Afrika Selatan.

Cuba masuk ke dalam website rasmi Jose.
Ada komen?
Aku ada. - Sports betting!

Tak ada yang nak komen ker, kenapa Jose la ni asyik menang jer?

----------

Rumusan aku yang mudah:

Dalam pasukan England sekarang, hampir langsung tak ada yang taraf bukan star. Kalau bukan, star dengan menendang bola, pastinya superstar dari sudut gaji/bonus dibandingkan dengan pemain bola di Malaysia.
Star kedudukannya di atas langit sana, dan bukannya di atas rumput yang dipijak-pijak. Semua star secara relatif adalah besar seumpama matahari yang besar itu relatif kecil berbanding star yang lain di kosmos. Star bola England besar kepala kot?

Star di Malaysia tak besar kepala kot?
Orang Malaysia kan berbudi bahasa.

No comments:

NOTIS: SAYA HANYA bertanggungjawab ke atas posting sendiri dan tidak akan bertanggungjawab ke atas reaksi/kerugian yang timbul akibat menggunakan apa-apa posting saya di sini.

Info Sana-Sini: Baca, Fikir & Ambillah Kebaikannya