Tuesday, July 27, 2010

Indon? Malaysia? Bisa saja... Kita serumpun...

Entah apa tujuannya...

Minggu lepas, secara tiba-tiba terpandang seorang kenalan asal Jakarta hantar resume mintak kerja Eksekutif Jualan.

Sekali lalu dilihat dia ini sudah berusia 40 tahun - life begins at 40? - dan sudah ada 9 `kerjaya' di dalam portfolio dia.

----------

Pengurus HR sudah bilang dia mahu umur tidak lebih 35 tahun, keutamaan boleh berbahasa Mandarin, dan bukan Islam.

Bukan Islam? `Alasan' dia supaya senang hendak makan di mana-mana kerana tak perlu bukak meja lain. Tak perlu fikir dan pertimbangkan halal dan haram.

Itu kira-kira ketuk kepala aku ler.

Ada buat majlis makan malam tahunan, siap ada penyanyi pakai seluar paras bawah sikit dari pangkal paha, apa-apa keraian dibuat di kedai makan yang dulu hanya ada tampal fotostat halal rumah sembelihan, dan entah apa-apa lagi. Aku cuma pernah ikut sekali pergi function company di Genting. Masa dinner, aku merayau ke tempat lain. Bising sangat. Penyanyi seluar pendek? Adaaaa... Lagi satu, yang Melayu (?) pun tumpang teguk liquor.

----------

Ini satu posting rasis?

No! Aku nafikan dengan sekeras-kerasnya.

Ini adalah fakta.

Itu adalah syarikat milik dia. Terpulang kepada dia cara mana dia nak capai sasarannya. Betul ataupun tidak, itu bukan kerja aku. Itu kerja banyak agensi kerajaan yang ada di luar sana.

----------

Adalah menjadi tugas ramai orang lain di luar sana supaya fikir cara-cara, yang dengan cara-cara itu maka mudah untuk ramai orang lain tumpang cari rezeki.

Aku belum mampu lagi, sebab kesimpulan daripada Projek 2000(?), keputusan sudah dibuat yang aku jadi follower yang baik. Barangkali, satu-satunya Indon yang ada di dalam batch itu dapat rating yang jauh lebih baik.

----------

Pengurus HR ada buat senarai pendek. Ada beberapa nama yang dimasukkan adalah mereka yang mengaku Moslem.

Orang Malaysia tidak akan tulis sebagai Moslem, mereka akan tulis Islam.

No comments:

NOTIS: SAYA HANYA bertanggungjawab ke atas posting sendiri dan tidak akan bertanggungjawab ke atas reaksi/kerugian yang timbul akibat menggunakan apa-apa posting saya di sini.

Info Sana-Sini: Baca, Fikir & Ambillah Kebaikannya