Sunday, July 11, 2010

Puncak Bola Piala Dunia FIFA 2010

Tinggal beberapa jam lagi untuk penentuan juara dan pemenang kedua edisi 2010.

-----

Jerman sudah sah tempat ketiga dengan melakukannya di dalam perlawanan yang disajikan 5 gol.

-----

Ada orang beranggapan pemenang sebenar adalah bookie judi sukan, walaupun di atas padang pengadil adalah hakim dengan keputusan yang muktamad.

Ada yang kata FIFA sudah menganjurkan edisi kali ini dengan jayanya.

Bagaimana aku kata kalau yang betul-betul berjaya ialah FIFA dan bookie? Apatah lagi jika kedua-duanya saling bekerjasama.

-----

Aku pun nak kata bahawa `pemenang yang menumpang' dan sudah boleh dibuat keputusan sekarang ialah Arsenal dan Arsene Wenger.

Jika Belanda dan Mani si serindit Pulau Singa Pura menang, Van Persie budak Arsene.

Jika Sepanyol dan Paul si sotong Jerman yang sedia untuk dihidangkan sebagai makanan malam yang liat tetapi lazat itu pula menang, Fabregas masih milik Arsenal walaupun dia minat sangat nak pindah ke Real Madrid. Ya, ke?

Arsenal disebut sebagai the Gunner sebab guna simbol meriam.
Meriam dikata sebagai queen of the battle?

Pak Najib PM tentu faham sangat kenapa meriam disebut sebagai queen of the battle. Dia kan lama juga jadi menteri pertahanan Malaysia. Sampai sekarang ini kena bertahan. Kesian....

Arsenal dah garenti tumpang menang? Mungkin macam itu lah.

Tapi di Arsenal ini, Israel yang pasti menang. Ini sebab dia pernah (dan sedang?) jadi penaja Arsenal dengan tajaan yang cipuut aje. Sebagai kiasan, jumlah bayaran itu kalau nak maintain rumput padang the Emirate Arsenal pun belum tentu memadai. Apatah lagi untuk bayar bil elektrik stadium. Nak guna untuk bayar gaji players yang stars dan superstars?

-----

Pangkal kepada setiap pokok, pemenang ditentukan kepada posisi di mana anda berada. Macam main bola juga. Kononnya Sepanyol menang kerana master di bahagian tengah.

Iya lah. Kalau pasukan Perancis sudah bungkus beg awal-awal dulu, walaupun Arsene Wenger sedang lepak-lepak, tetapi 2 bakat bola yang diambil semasa umur budak-budak lagi kini adalah stars dalam FIFA World Cup edisi kali ini.

No comments:

NOTIS: SAYA HANYA bertanggungjawab ke atas posting sendiri dan tidak akan bertanggungjawab ke atas reaksi/kerugian yang timbul akibat menggunakan apa-apa posting saya di sini.

Info Sana-Sini: Baca, Fikir & Ambillah Kebaikannya