Tuesday, November 16, 2010

Aku kena juga, ke?

Aku sebagai bapak hadir ke majlis di sekolah Muhammad pada hari Ahad yang lepas.

Dalam surat jemputan dengan jelas menyatakan Muhammad perlu berpakaian sekolah lengkap. Sampai ke sekolah, cikgu kelas sudah bagi semula songkok hitam berbelut reben kuning. Guna untuk acara nasyid selepas itu. Jadi, songkok kain putih ada bulat hijau di atas, ibunya simpan di dalam beg.

Muhammad dan ibunya masuk ke dalam dewan. Aku bawa Jah ke tempat permainan. Aku malu sedikit nak masuk, sebab aku malu dengan perempuan yang mendominasi dalam dewan itu. Barangkali malu aku hilang kalau yang ramai itu adalah betina. Kaum bapak yang ramai duduk atas kerusi bawah khemah di luar dewan.

Muhammad 3 kali naik atas pentas.

Pertama, bernasyid.

Kedua, hadiah pentol untuk kelas Ummu Zulaikha. Hadiah beg sandang belakang.

Ketiga, hadiah pentol juga untuk umur 5 tahun. Salah satu benda dalam bekas hadiah adalah sejadah warna coklat keemasan. Sebelum namanya dipanggil untuk ke atas pentas, sedikit biodata dibacakan oleh pengacara majlis. Aku okay saja, sebab beberapa minggu lepas cikgu kelas dia ada dapatkan biodata ringkas. Bila disebut cita-cita dia adalah juruterbang, aihh? Kamu tahu ke apa kerja juruterbang, tu? Siasat punya siasat, itu yang dipilihnya.

Target yang kami set untuk dia dalam tahun ini, boleh membaca sendiri dan faham dalam bahasa Melayu sekurang-kurangnya, dah tercapai.

Untuk bahasa Inggeris?

Sejak Aidil Fitri yang lepas dia selalu merengek-rengek minta kereta r/c. Aku kata, kalau boleh baca dalam English, nanti kita boleh bincangkan tentang kereta r/c.

Muhammad antara 3 orang dalam kelas dia yang boleh membaca sendiri, termasuk seorang yang bahasa Inggerisnya lebih baik berbanding bahasa Melayu.

Muhammad dipilih untuk ke ujian di peringkat kawasan untuk tahap umur dia pada 4/11/10. Hasilnya dia dipilih untuk wakil kawasan ke peringkat seterusnya. Pada 11/11/10 itu, dia tak nak turun dari kereta sebab tak nak periksa di Klang. Hasil rundingan, beg beroda yang dia minta beberapa hari sebelum itu boleh difikirkan semula kalau dia lead dalam ujian di Klang ini.

Keputusannya belum diterima setakat ini. Aku sudah survey, harga beg roda yang mungkin dia maksudkan tidak kurang daripada RM60.

-----

Untuk tahun depan, insyaAllah akan aku dafarkan dia di sekolah itu juga. Sebab aku percaya dengan sistemnya, aku percaya dengan guru-gurunya.

Aku tanya cikgu Minah pada hari itu, "kenapa tak ada kesenimbungan selepas pra-sekolah?"

"Ada dibincangkan juga di dalam konvensyen. Tapi belum mampu."

-----

Semasa lepak-lepak di dalam sekolah Muhammad sambil menunggu giliran mengambil makanan berlauk kambing kari, Muhammad sempat memerhati guru sekolahnya, "eii, cikgu masuk kelas pakai selipar. Nanti kotorlah."

Aii? Sepanjang tahun cikgu-cikgu di situ biasa buat macam itu, baru hari masa itu keluar komen?

"Syyy, nanti cikgu dengar, kecik hati. Muhammad tahu dan faham macam itu, cukuplah. Diam-diam aje."

-----

Wee Ka Siong sudah kata pendidikan seks akan mula diajar di sekolah-sekolah mulai tahun 2011. Pelajar sekolah rendah juga terlibat.

Kenapa WKS yang kata dan bukannya Muhyidin Yasin sebagai Menteri Pelajaran?

No comments:

NOTIS: SAYA HANYA bertanggungjawab ke atas posting sendiri dan tidak akan bertanggungjawab ke atas reaksi/kerugian yang timbul akibat menggunakan apa-apa posting saya di sini.

Info Sana-Sini: Baca, Fikir & Ambillah Kebaikannya