Thursday, July 28, 2011

Bola: Malaysia vs. Singapura

Banyak tanggapan boleh dibuat semasa selepas menonton game yang pertama tempohari yang berlangsung di Singapura.
Sudah ketinggalan 4-1, baru nampak sedikit rajin hendak kejar bola.
Rimau tak tidur, cuma simpan kuku memanjang.
Sekarang, game kedua sedang berlangsung di Bukit Jalil.
Sudah bolos 5 gol berbanding menyumbat 3 gol, baru nampak ada rajin sikit nak main bola.
Mainlah sepatutnya. Memanglah bola itu bulat dan masa ada kira-kira 45 minit lagi.
Tapi kena ingat bahawa yang ada lebihan gol Singapura.
Team Malaysia memang selalu begini. Kerap mengutamakan jalan susah.
Penat orang-orang tua dulu kata susah-susah dahulu, senang-senang kemudian.
Pasukan yang hendak main fancy seperti Brazil tak sempat sampai ke final Copa America baru-baru ini.
Main bola ada macam filem tamil atau hindustan ker? Hero kena kalah dulu ker?

No comments:

NOTIS: SAYA HANYA bertanggungjawab ke atas posting sendiri dan tidak akan bertanggungjawab ke atas reaksi/kerugian yang timbul akibat menggunakan apa-apa posting saya di sini.

Info Sana-Sini: Baca, Fikir & Ambillah Kebaikannya