Tuesday, July 26, 2011

Jawab saja? Atau tahu dulu, jawab kemudian?

25/7/2011 petang di Surau bangunan KDN, Putrajaya.
2 lelaki bersembang di tempat membuka/memakai kasut. Mereka barangkali pegawai imigresen.
Kedua-dua mereka bersembang antaranya tentang pendaftaran biometrik pekerja asing yang sah.
Aku menyampuk, "malam tadi habis pukul berapa?"
Seorang yang berkumis kata, "biasanya pukul 10, 11 `lah `tu."
"Malam tadi saya selesai tengah malam."
"Datang hari-hari?" tanyanya.
Aku cuma senyum dan geleng kepala.
----------
Keluar dari dewan pendaftaran biometrik, mata boleh memandang bahawa ada beratus-ratus (mungkin juga lebih seribu orang) pekerja yang sah menunggu untuk didaftarkan.
----------
Ufff...
Ada berjuta pekerja asing sah di Malaysia ketika ini. Masa diberi antara 13/7/2011 hingga 31/7/2011 untuk didaftarkan. Betapa majikan menjadi kelam-kabut.
Kelam-kabut majikan rupa-rupanya menjadi punca rezeki melimpah-ruah untuk penyedia perkhidmatan pengangkutan, pengendali tol, dan juga kafeteria di tingkat 2 bangunan KDN tersebut.
Ada harapan pendaftaran PATI sesuai dijalankan mulai 1/8/2011?
----------
Semalam menteri, Hisamudin kata pendaftaran biometrik pekerja asing sah tidak akan dilanjutkan. Soalnya, apa yang terkejar-kejar sangat hendak selesai sebelum 1/8/2011?
Prosedur pendaftaran dan proses untuk menjadikan PATI sah masih tidak jelas kepada prospek-prospek majikan.
----------
Semalam, seorang rakan beritahu dia awal pagi pergi ke Imigresen Pelabuhan Klang dan gagal untuk mendapatkan nombor giliran.
Sudahnya, temujanji dibuat untuk daftar biometrik pekerja asing sah pada awal bulan Ogos 2011.
----------
Dilihat juga, penguatkuasa MBSA mendapat kerja tambahan untuk mengawal pekerja asing yang begitu ramai dan melimpah-ruah di PKNS.

1 comment:

Anonymous said...

betul tu..semalam saya pergi seawal 6 pagi di imigresen PKNS Shah Alam.dan hanya pada pukul 5 ptg baru dpt nombor giliran . tu pon giliran pada hari sabtu 30/7/2011. Kelam kabut yang berlaku di tambah lagi dgn kewujudan seorg kakitangan imigresen yang memaki majikan dengan kata-kata kesat & perkataan 'pukimak' yang memjurus kepada keberangan para majikan.adakah patut kami sebagai majikan/wakil majikan dimaki sedemikian rupa.dia duk sibuk cakap dia penat abis tu kami pihak majikan ni x penat ke beratur dari seawal 5 - 6 pagi?

NOTIS: SAYA HANYA bertanggungjawab ke atas posting sendiri dan tidak akan bertanggungjawab ke atas reaksi/kerugian yang timbul akibat menggunakan apa-apa posting saya di sini.

Info Sana-Sini: Baca, Fikir & Ambillah Kebaikannya