Wednesday, August 24, 2011

Lau Kana Bainana

Merupakan rancangan yang tengah top masa kini di Al-Hijrah TV. Sesiapa yang biasa bersahur atau santai-santai di depan tv sementara menunggu azan Subuh, barangkali sudah mula nak hafal lagu tema rancangan itu.
Khabarnya, ada rancangan dengan format serupa di satu saluran berbayar di Malaysia. Pengendalinya berketurunan Melayu dan berbahasa Melayu. Ada bisik-bisik mengatakan bahawa komen-komennya agak kasar.
Umum dikhabarkan orang Melayu ini lemah-lembut berbanding orang Arab.
Secara peribadi, aku boleh menerima format dan konsep Lau Kana Bainana.
Aku tidak menonton rancangan di saluran berbayar itu sebab tidak pernah melanggan. Hard earned money, beb!
Orang Arab yang dikatakan kasar itu jauh mengatasi sangat nilainya jika dibandingkan dengan `Wa Kena Beb'.
Kekadang segmen tinjauan Lau Kana Bainana seperti boleh `mengena', tetapi mengajar di tempat itu juga.

No comments:

NOTIS: SAYA HANYA bertanggungjawab ke atas posting sendiri dan tidak akan bertanggungjawab ke atas reaksi/kerugian yang timbul akibat menggunakan apa-apa posting saya di sini.

Info Sana-Sini: Baca, Fikir & Ambillah Kebaikannya