Wednesday, August 24, 2011

Mengaku! Itulah nilainya

Menghadap seorang Penolong Pengarah di satu agensi kerajaan. Golongan PTD kot?
"Kalau dah OK, kalau dah boleh bayar, saya nak bayar sekarang," jelas aku.
Dia nampak masih tenang dan boleh senyum walau baru keluar dari bilik mesyuarat. Hari ini adalah hari ke-3 cuba untuk dapatkan minit daripada beliau. Selepas hampir 4 jam menunggu, hampir-hampir putus asa dan mahu balik ke pejabat sahaja rasanya, aku ambil keputusan ke tempat-tempat lain dahulu untuk update apa-apa sahaja yang patut. Selepas itu datang semula ke pejabat itu untuk follow up yang terakhir hari ini.
Alhamdulillah, dia sudah sedia untuk serve rakyat yang datang menagih khidmat. Tahniah!
"Awak ada e-mail pasal ini kan?"
Ye ler.
"Maaf, tak sempat nak buat apa-apa."
Di sini, bila orang sebut minta maaf, aku sudah cair. Apa yang jauh lebih penting ialah dia sedia untuk membantu dan selesai urusan yang sewajarnya.
-----
Kenyataan minta maaf daripada seorang Penolong Pengarah.
Hampir-hampir aku tidak mendengar seumpamanya daripada staf bawahan di jabatan yang sama.
Minta maaf beliau tidak memudaratkan apa-apa kepada beliau. Nilai masih tinggi.

No comments:

NOTIS: SAYA HANYA bertanggungjawab ke atas posting sendiri dan tidak akan bertanggungjawab ke atas reaksi/kerugian yang timbul akibat menggunakan apa-apa posting saya di sini.

Info Sana-Sini: Baca, Fikir & Ambillah Kebaikannya