Tengahari tadi.
Bersiap-siap sebagaimana biasa hari Jumaat yang lain-lain sebelum ini.
''Ayah nak sembahyang?"
Angguk.
"Kat mana? Kat rumah?"
"Masjid."
"Nak ikut."
"Jangan merengek, jangan bising, jangan menangis."
Muhammad diam.
"Pergi ke tandas. Kencing!"
----------
Di masjid.
"Mana tandas?" Tanyanya sebaik kami hampir ke pintu pagar.
Hampir aku terlupa. "Sana."
Berada di baris belakang sekali. "Di sini, ya?" Dia nampak OK saja.
Aku beranjak ke hadapan dan semakin ke hadapan untuk memenuhi tempat yang masih kosong.
Imam hampir mengangkat takbir, tiba-tiba Muhammad dilihat berlari di antara makmum.
"Kenapa?"
"Nak ayah."
"OK. Duduk sini."
----------
Selepas solat, berjalan menuju ke kereta.
"Tadi. Kenapa?"
"Nak nampak ayah. Tak nak nanti silap ikut orang."
Oooo. Begitu.
Sekelip mata saja, hidup seorang lelaki hancur.
-
Raysha Amina
Sekelip mata saja, hidup seorang lelaki hancur.
Bukan kerana lori.
Bukan kerana rempit.
Tapi kerana wanita yang dulu dia lafazkan a...
12 hours ago
No comments:
Post a Comment