Sepanjang siang tadi di Shah Alam Convention Centre dilangsungkan satu bengkel yang objektif asalnya, mengikut apa yang aku faham ler, adalah mengatasi suasana kekurangan tenaga kerja.
Beberapa hari lepas, aku difahamkan nota para pembentang akan disediakan.
Sonang hati den sebab tak payah bawa buku nota. Planning ler kononnya.
Masuk ke dalam dewan, cuma ada 2 nota.
Err, kata semua nota ada disediakan.
----------
Selepas makan tengahari, nota-nota yang lain sudah diletak di atas meja peserta.
OK ler. Lambat lebih baik daripada tak ada langsung.
----------
Warghh. Fokus boleh dikira lari ker, bila sudahnya bengkel ini, aku boleh simpulkan majikan masih hendak sangat-sangat pekerja asing.
Wakil-wakil yang jadi jurucakap di pentas ada pendapat masing-masing.
----------
Agak lama selepas sesi petang bermula, dilihat auntie Theresa Kok sudah duduk di baris nombor dua belakang sebelah paling kiri dewan. Dia tak lama di situ. Orang yang duduk sejak awal pagi di situ sudah mariii! Dia tak banyak kerenah terus pindah ke kerusi yang lebih belakang.
Amacam? Boleh bagi satu kredit kepada auntie Kok?
Türkiye, Singapore among countries rejecting ‘strategic resignation’ amid
global disorder, says Turkish foreign minister
-
Speaking at a special lecture in Singapore, Minister Hakan Fidan touched on
Israel and the Middle East conflict, finding alternative connectivity
routes to...
3 hours ago
No comments:
Post a Comment