Sunday, February 13, 2011

Committed?

Satu ke dua bulan dalam tahun kalendar 2011 ini sok-sek rasa tidak puas-hati mudah didengar di mana-mana.

Isu pertama: Barangkali rasa kurang senang dengan kadar kenaikan gaji.

Isu kedua: Biasanya berkaitan dengan bonus.

Mungkin ada orang diberi ganjaran-ganjaran itu berdasarkan komitmen yang didedikasikan kepada majikannya.

Apabila komitmen diukur dengan sanggup balik lewat, ohh? Apa sudah jadi `ni?

Ada orang kata bahawa jika kita tidak dapat menyiapkan kerja di dalam tempoh waktu kerja yang sudah ditetapkan ini mungkin berpunca daripada:

(1) Tidak merancang kerja dengan betul; atau

(2) Tidak delegate kerja dengan betul; atau

(3) Gabungan (1) dan (2).

-----

Hah, hah, hah.

Ada orang kata, "lepas ini jangan percaya dengan cakap orang cha."

-----

Apa yang boleh aku nak kata.Mungkin tahun ini kena pada orang lain. Tahun depan belum tahu lagi apa akan jadi.

No comments:

NOTIS: SAYA HANYA bertanggungjawab ke atas posting sendiri dan tidak akan bertanggungjawab ke atas reaksi/kerugian yang timbul akibat menggunakan apa-apa posting saya di sini.

Info Sana-Sini: Baca, Fikir & Ambillah Kebaikannya