Cucuk kabel.
Tak cukup fit. Longgar dan asyik tercabut. Biasalah, kalau `penyendal' dah patah.
Isnin lepas pergi ke satu CC.
"Satu RM3. Dua kena RM6.00," begitulah lebih kurang kata tokehnya.
"Ambik masa sikit," tambahnya.
"Esok boleh siap?"
"Boleh."
Aku ke CC pada hari Rabu, kira-kira jam 7 petang.
Err... Aku dah buat salah, ke?
Anak tokeh kata, "tengoklah kalau ada," bila aku tanya pasal kabel.
Ke depan, ke belakang aku melilau cari kabel.
Sudahnya aku dapatkan nombor telefon dan dail nombornya. "Dah siap. Dalam plastik kuning...... Bagi cakap dengan anak saya," dia kata.
Anaknya dengan sedikit terdengkot-dengkot bergerak ke belakang; capai plastik kuning dan kata cajnya RM7.00.
"Hari tu kata RM6.00."
Si anak cakap semula dengan si ayah melalui telefon.
" OK. RM6.00."
"Tak ada duit pecah. Pergi tukar dulu." Dia kata.
Aku ke kedai basikal di sebelah. Tak jauhpun. Kira-kira 20-25 meter jaraknya.
Dapat duit pecah, aku bayar le apa yang patut... dan chow.
Flooding at condominium car park at Balmoral Crescent not caused by
rainfall: PUB
-
A faulty valve in the basement’s sprinkler storage tank caused water to
overflow and flooded the car park, says the national water agency.
6 hours ago
No comments:
Post a Comment